Friday, April 27, 2012

This is me !


Today when i wake up i see sunshine . Thanks to Allah , mummy , daddy ,family also all friends . I realize we all just temporary in this beautiful planet . so , be prepared for eternal world before its too late :)

fakta-fakta :)


Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd
Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.

Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di
universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan
Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah
seorang kawannya.

Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi
meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar
Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan
hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat
takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi
mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak
mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami
masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi
miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah
terpahat di dahi.

Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun
begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui
cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui
cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis
bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut,
maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan
sehingga ke hari ini.

KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang
berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan
tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian
4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di
musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang
lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan
yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan
menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia
berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik,
jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta
klinik.

Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap
hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa
sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -
100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat
peruntukan pembelian senjata dunia.

Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang
dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang
suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar
Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul.
Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih
berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri
Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai
isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda
cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil
masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.
Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh
rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri
bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya
menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut
adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga
ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada
23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan
puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan
pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah
menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari
Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai
ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa
peralatan untuk penggambaran yang paling berat.

Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas,
Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia.
Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter.
Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi
yang luarbiasa.

Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang
embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah
berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang
yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY.
Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan
hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.

Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand.
Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan
getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.

Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports
Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka
depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson,
Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan
pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.

Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki
perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah
117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa
bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.

Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam
atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan
tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar
10 meter.

Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama
lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke
udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950
kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling
lebih berat di bahagian `kepala'.

Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai
tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani
dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak
dalam drama Shakespeare.

Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang
jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam
lubang di bumi.

Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau
luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak
bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama
itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas
ia dibawa keluar dari negara itu.

Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan
akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap
dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau
sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan
lapisan usus.

Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada
manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama
cuma lebih lebat.

Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat
gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat
mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan
hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga
kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di
negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan
yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi
menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih
boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap
(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak
sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan
kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright
untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan
dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E
manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat
Amerika Syarikat mati tercekik.

Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga
merah di permukaannya.

Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk
berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad,
Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap
jari pada manusia.

Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa
saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah
atau kuning.

Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu
mudah bangun pagi.

Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu
mengurangkan berat badan.

Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya
988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas
kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di
pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai
9,350 selekoh bagi pelumbanya.

Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada
sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak
kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi
ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau
tidur.

Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja
mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.

Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100
juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.

Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari
England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang
digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra'
yang bermaksud liar atau terbiar.

Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap
batang rokok yang tidak dihisap.

Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus
sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier
telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa
3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.

Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya
telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.

Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18
otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka
anda. /font

Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
kulit atau terbakar.

Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New
Zealand.

Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran
18.5 meter persegi.

Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
berat badannya dalam masa 56 hari.

Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
berbanding udara dalam suhu yang sama.

Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.

Fakta :)


Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada
tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang
dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar
daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman
sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
kebodohan sendiri.

Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa
untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap
haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan
terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga
pemburu sampai.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang
sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh
2500 SM.

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet
telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan
pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona
Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang
lebih dewasa daripadanya.

Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella
mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah
untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia
menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa
manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah
pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari
1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan
semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955
apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral
dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan
tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga
ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia
dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar
beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan
lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung
pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang
hamil.

Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal
dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi
dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga
1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda
untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara
12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor
rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan
10,000 ekor burung merpati.

Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika
India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi
kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan
ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah
30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut
akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan
sebahagian besar muka bumi.

Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke
kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang
menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik
canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki
dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya
dilekatkan di kocek baju.

Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana
kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan
US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding
US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau
US$2,000 dengan senjata konvensional.

Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali
pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati
kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.

Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan
kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai
vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan
tenaga.

Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak
sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
setiap 20 minit.

Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di
dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh
dunia.

Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh
membesar sehingga 2 meter panjang.

Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar
tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan
isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret
Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and
Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai
rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak
daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman,
seorang agen insurans.

Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro,
menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun
1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"-
sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.

Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan
5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai
7,000 orang. 

Fakta-fakta menarik :)


Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.


Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.


Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.

Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
daripada membuat terowong bawah laut.

Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.

Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat badannya dalam masa 36 jam.

Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-
kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali
ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
kopi.

Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
terjun ini.

Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
itu melekat pada lelangit.

Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit
ialah seberat 1.36 kg.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
semasa haiwan itu melompat.

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
puncak Menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
bermakna `ibu negara'.

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung
berapi paling besar dalam sistem solar.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan
sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap. 

This is who i am :)


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :) ehh korang... jawab lah :P ? hehe ni gamba latest untuk setakat ini . malam nih da takde bende da nak buat . apalagi post benda2 merepaklah . haha , ini cuma mengenai 'Aku' .okeh aku setart sekarang ! :)

 Mohamad Faris b. Mohd Ali
Sweet fifteen :*
Smk Segambut Jaya (kaa)
Dlm kelas paling kuat tidur & aktif
Apalagi ehh ?

Budak paling Rajin (tak lama lagi !)
9A's PMR 2012 
Nak kata kurus , gemuk !
Nak cakap gemuk , Slim :)
Tahap ketinggian : hehe atas 160 lahh *

" Pagi-pagi membeli N.lemak ,
N.lemak dibeli di tepi jalan ,
Cita-cita nak jadi doktor yang kurang lemak ,
Yang sentiasa pandai mencari jalan .
okay tak , only this for today ! Bonjour fellow .

                                         salam :)



Hidup Harus Diteruskan .

Assalamualaikum , okaylah aku mengaku aku rindu belogg aku nih . Aku nak setart cerita nih , boleh tak ?  okay . " setiap orang melakukan kesilapan " . betul tak ayat aku ni ? memang betul aku ada buat salah . adoi , ketandusan idea pulak---,--- .Tukar cerita baru , minggu ni sepatutnya aku pergi tengok wayang cerita Batleship atau Avengers - buat plan serba-serbi tak kena . habis ranap semua , hampeh .Sape pandai subjek Science ? meh la rajin-rajinkan diri ajar aku ...... okaylah . aku rasa macam malas nak updated belog sebab  tangan aku  dah gatal nak bukak buku math . sampai sini je untuk harini . take care . Assalamualaikum .

                                                                                                                                 'Better late than Never ' 
                                                                                                                                              Faris Ali .

Sunday, April 22, 2012

balik asrama ;-*

okay , thanks to all maa Friends . good luck in your diary , Don't stuck in mine ! haha . time to goo :-) see you all next week lahh . Assalamualaikum  . Muaahhhh :*

Saturday, April 21, 2012

Besan Sebantal :)

Dodol Si Bujang Sepah :)

ape ehh ?

Assalamualaikum , apa kabar ? sihat ? kaifa halukum ? bagaimanakah hari anda ? harini aku nak post pasal ape ehh ? klahh , aku cuma nak tau pasal korang jek :)) .

tolong tinggalkan link korang dkat chat :-)

Honey, We Shrunk Ourselves :)

Home Alone :)

Goal! 3: Taking on the world :)

Goal! 2: Living the dream :)

Goal!: The dream begins :)

4 Madu :)

Ajaib Boy Kapow :)

Misteri Jalan Lama :)

Karipap Karipap Cinta :)

Saturday, April 14, 2012

Realiti :)

okay , firstly , Assalamualaikum ! lamenyaa aku tak update baby kedua aku nihh :) apa bakar semua ? kaifa halukum ? how are you ? haha saje je . korang tengah buat ape tu ? mesti Online / mesej dengan kawan / Tv / paling-paling tak pon mesti tidur . *haha .kali ni aku rasa macam nak cerita pasal kehidupan aku selepas belajar nanti . aku rasa semua orang ade cita-cita bukan ? hehe . cita-cita aku ialah untuk menjadi seorang doktor lepasan University Of Ireland . wehh inilah impian aku dari darjah 5 . korang tolong doakan supaya aku dapat menempuh segala dugaan yang datang dengan mudah ,okay ? Haaaaa , "Si dia" ? korang memang nak tau ke ? Alhamdulillah sihat , Aku ? memang rindu tapi Pelajarang mesti diteruskan . cuba korang baca balik * Aku harus / Wajib menjadi Doktor .Lagipun , esok aku dah nakk balik asrama ! untuk pengetahuan korang Aku dipilih untuk menjadi wakil sekolah untuk pertandingan Sajak untuk E-ppda 2012 :) lagi pun korang semua tahukan ? yang   UPSR: 151 hari lagi PMR: 179 hari lagi SPM: 206 hari lagi STAM: 186 hari lagi STPM: 206 hari lagi . Ini semua penting untuk kita semua . Jadi aku mahukan Doa ikhlas dari 




     *kamuu pembaca  Semua , tolong mendoakan kesejahteraan Calon-calon yang bakal menghadapi  Ujian  


ini dengan mudah  . 


okay .ini je yang aku mampu tulis dalam suasana malam yang serba indah ni :) good night , bonjour , 


Assalamualaikum . Jikalau terkasar bahasa , harap di maafkan . kalau ingin lebih Mengenali tentang si Penulis .         


Silalah tinggalkan email facebook anda di ruangan *chat :) bye-bye.  

Sunday, April 1, 2012

Misi 2012 aku :-)

Assalamualaikum , harini post aku cuma pasal harapan / hasrat  pasal bende-bende yg aku nak untuk tahun 2012 . semua bende ni dah lama da aku nak cuma Allah belom tunjukkan jalan :) . inilah bende yg paling aku nak buat untuk tahun nih :


1. family always sehat .
2. Umrah / Haji pegi satu family .
3. 9 A's Pmr / Abg ku SPM 10 A's
4.Bercuti di London selama Sebulan bersama Family tersayang :-*.
5.Ipod touch / iphone 4s.
6.bahagia disamping family dan si Dia.
7.saling bantu-membantu sesama family/ sedara-mara.
8. pandai masak !
9.tengok mama n ayah pegi haji dgn selamat .
10.Top student :)
11. family day dekat tempat-tempat yg jarang pegi :-)
12.Pandai main gitar n reti buat lagi Led Zepplin . 
13.Kurus / tought
14.Tinggi ;)
15. Camera DSLR sendiri .
16. Sama2 masuk syurga Jannah :)

merepek ;)

Assalamualaikum , macam mana hari korang ? *kalau happy tu baguslah , tapi kalau yg tak berapa tu . maybe harini bkan hari kau kot :P . Setiap orang ade tabiat yang tersendiri , betul tak ? *clapclap. harini aku nak bagitau hobi-hobi & 20 perkara yg selalu aku buat bila Bebas dari Asrama :

1. bangun dari tidur 'wajib check Hp.
2.turun dari katil mengeliat / basuh muka .
3.tengok semua bilik .
4.ambik towel / mandi .
5.segar , bekfes , tv / online
6.online sampai dah bosan.
7.main game xbox kat depan.
8.online balik / youtube /layan movie mat salleh.
9. lagu bukak kuat2 .
10. Menelaah blog org .
11. Makan , tengok tv , online .
12. belajar .
13. mesej 
14.updated blog .
15.bersukan , badminton / treadmill / tidur.
16. solat of course.
17. keluar jalan-jalan dgn kawan-kawan.
18.enjoy our day !
19.play with Nikon .
20. always remember my family / secret admirer / friends , forgive them all before sleep :)



Ajoi :)

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “ Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia ”

Pelanggan: “ Naper awak cakap macam tu mamak? ”

Mamak: “ Awak tgk ni.. ” sambil memanggil Ajoi datang kepadanya.

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “ Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana? ”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha! ” Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “ Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu? ” Ajoi: “ Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu.

Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1. Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat. ”

Sumardi: “ haha ko budak paling bijak dalam dunia ”.

Saturday, March 31, 2012

Siapa tuh ? sesuai tak ? (:


Assalamualaikum , apa kabar  korang harini ? yang belom mandi bangun cepat2 tunai solat fardhu Zohor . harini punya post mungkin akan membuatkan seseorang asyik tersenyum ataupun marah .  Post aku untuk kali khas buas buat mereka di sana ! semoga panjang umor n kekal ________ hayat :-) Enjoy your great day and  im' going to miss you readers @ _________ !  okaylah aku pon nak bermanja-manja dgn buku teks kejap . Assalam  .take care , Boujuer !


Haziq Irshad telatah manjanya yang sering mencuit hati , Satu-satunya tunjang kegembiraan keluargaKu:-)


happy :)

hehe , I love Allah , Nabi Muhammad , ma mother , father , sister's , brother's , Family , ___________ ;) , friend's , All !
Tiba-tiba jadi penyayang ehh !  Sape dapat jawab tengah-tengah tu aku bagi 10 ringgit ! :)

Kenyataan :-)

Assalamualaikum , weh korang knape korang tak tido lagi? skang dah pukol 1 pagi ooh ==' , Walaupun aku tahu aku punya blog nih tak seberapakan kan ? tapi aku tahu sape yg secret admirer aku (: korang mesti tak ada kan ! padan muka :P Sejak aku balik dari asrama aku asyik terfikir /terkenang / terbayang  wajah2 yang penting dalam kehidupanKu ! mereka yang memberi tunjuk ajar & cahaya kepada kegelapan . Aku sedar yang aku ni sebenarnya hanya sebagai watak sampingan di dalam hidup mereka . Kesilapan seerti dengan kehidupan
, betul tak ? Bagus ramai cakap betul , yg salah tu memang pendengki kan :-P . sape yang baca entry ni yg takda pasangan ? *angkat tangan . eleh jangan nak menipu sangatlah kan ? okay , sini je post aku untuk hari ini ! Amacam best tak ? :-)

Thursday, March 15, 2012

Malaysian :)

Assalamualaikum , =D . lame da tak mengepost msj kat korang ! Apa kabar eh korang semua ? sihat ? folio siap ? hehe aku tau mesti ramai tak buat lagi :P . story aku yg terbaru cume pasal seorang kawan (http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2759186338881&set=a.2050848110868.2091952.1234464298&type=3&theater) ni dia :-) kalau korang nak tau , pegilah tanya dia :) haha . aku nak pegi makan :P okaylah bye Assalamualaikum :)

Wednesday, March 14, 2012

Awas! Jerat Valentine's Day


   Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomenaajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.
To be my Valentine?
     Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
     Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Mengapa Mawar Merah?
     Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
     Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.
Hukum Menyambut Valentine’s Day
     Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”
      Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
     Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.
 Sejarah Valentine’s Day
     Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya.
Pendapat Pertama
     Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. Semasa agama Kristian menguasai Rom, mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristian. Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I.
Pendapat Kedua
     Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua (2) kisah berkaitan dengan St. Valentine ini.
     Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi, hidup dengan penuh mitos dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian. Para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap tegar mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
     Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II, yang berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian, St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda Rom secara rahsia. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Pendapat Ketiga
     Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol dimana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat Keempat
     Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer, seorang penyair Inggris di dalam puisinya.  Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.
     Berdasarkan kepada versi-versi tersebut, ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan ianya amat terang lagi tersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam sendiri.
Kebejatan Acara Valentine’s Day
     Sebenarnya bukan sekadar apa yang tersirat di sebalik amalan dan kepercayaan berkenaan Sambutan Hari Valentine ini sahaja amat keji dan perlu dihindari. Tetapi acara-acara jelek dan tidak boleh diterima oleh budaya manusia bertamadun, menjadikan ianya perlu ditolak dan dipadamkan dari takwim perayaan manusia madani dan memiliki pegangan aqidah yang suci.
     Lihatlah bagaimana saban tahun kebelakangan ini, media-media mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi mengamatkan Sambutan Hari Valentine, khususnya kepada kalangan muda mudi. Ianya dicatur berpaksikan kepada menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing. Amat jijik dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal pemikiran yang waras. Bagaimanakah seorang kekasih boleh menyerahkan dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya tanpa ada sebarang ikatan demi membuktikan perjanjian cinta?
     Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara tidak bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu tetap mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.
     Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari yang bertemakan kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para kekasih menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya pada Valentine's Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu mengungkapkan bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang pula juga mereka yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang memperjuangkan kesetiaan cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu semua hanya seketika dek karamnya mereka di dalam bahtera gelojak nafsu tanpa nakhoda keimanan. Keindahan detik ‘syurga’ ciptaan penuh tipu daya hanya wujud pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah ke mana setelah berakhirnya Valentine’s Day.
      Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia akan menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.
Islam Ada Cara
   
     Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
     Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
     Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
Penutup
     Bagi menyelamatkan agamadan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.

Copy from _______ . :)

Sunday, March 11, 2012

Adnan Sempit 2

Bini-Bini ku Gangster

Ombak Rindu

Nasi Lemak 2.0

Petaling Street Warriors

Suatu Malam Kubur Berasap

bujang terlajak

hantu dlm botol kicap ! enjoy

holiday

Assalamualaikum ,,,,, sudah lama tuan hamba tak mengupdated blog ni :) apa comment korang ? okay tak blog nih ? haha . semalam main badminton at wangsa maju / ada la jugak main macam Lee chong wei lwn Lin dan :))

Sunday, February 26, 2012

pepatah baru :)

Kata Bomba → cinta tak boleh dipadam ✔


Kata Polis → cinta itu sukar ditangkap ✔


Kata Ustaz → cinta itu anugerah ✔


Kata Doktor → cinta tak dapat untuk diubati ✔


Kata Guru → cinta tak boleh untuk di pelajari ✔


Kata Hakim → cinta tak boleh dihukum ✔

Kata Orang → cinta itu indah ✔

Kata Ulama →cinta Allah kekal abadi ✔

kehebatan Nasi :)


Sekiranya korang mengangkat sirap sebagai minuman pujaan korang... nasik tidak harus dilupakan kerana ianya berada didalam kelas yang tersendiri... Nasik atau nama sainsnya klopiris gutanami adalah sebenarnya makanan yang menguasai dunia pada masa kini.. tanya la sesiapa pun.. hatta Obama.. beliau mesti tahu perkataan NASIK... begitu juga dengan Ronaldinho yang sudah pandai berbahasa melayu di mana beliau pernah keluar dlm Iklan dan berkata "Memperkenalkan nasik keluaran Breeze.. Jom makan"...

Begitu jugak dengan radio ERA yang menganjurkan pertandingan "Aksi Nasik" dimana radio lain tak penah pun nak buat "Aksi Pizza" ke "Aksi KFC" ke...

Percaya tak... Dalam seminggu anda akan makan nasik sebanyak 7 hari tetapi KFC ke Pizza ke mungkin sekali je anda makan atau tak makan terus....

Lihatlah betapa besar KUASA NASIK.... walaupun Celcom dok mempromosikan KUASA BOLASEPAK DUNIA... namun KUASA NASIK tetap power....

Fakta tentang NASIK:
1) Skuad brazil kalah kepada perancis sebab Ronaldo kuat makan nasik menyebabkan badan dia cam bluehyppo..(fakta:makan nasik leh jd gemuk hehe)
2) Pelakon fofular mcm Jalaluddin hassan pun pernah berlakon iklan nasik
3) Nasik adalah satu-satunya makanan yang ada jabatan iaitu BERNAS.. tetapi makanan lain takde...
4) Jangan panggil melayu kalau anda tak penah makan nasik...
5) Nasik penah memecah belahkan sebuah kenduri perkahwinan dimana didalam nasik tersebut ada mayat tikus mondok hehe...
6) Nasik lah yang mempertemukan Siti ngan Datuk K dimana semasa pertemuan pertama, mereka sedang makan nasik
7) Leornardo Da Vinci pernah berkata "Tanpa nasik jangan harapla monalisa ni nak jadi"
8) Anda akan dicemuh oleh orang kampung sekiranya kenduri kahwin yang anda buat tak hidang nasik...
9) Datuk Azhar mansur cepat sampai ke malaysia setelah berpusing satu dunia kerana satu... ingin memakan nasik lemak...
10) Sehebat-hebat beckham... sehebat-hebat Obama... sesiapa pun.. nasik pasti lebih hebat sebab nasik la aku puja... tapi orang lain ni aku tak puja pun.. tu tanda nasik tu hebat...

Oleh itu... sesiapa yang anda nampak ngengada nak makan nasik.. asek makan pizza je.. tempeleng je... TANPA NASIK.. KITA PASTI TAK AKAN MELIHAT DUNIA..

P.S Arghhh NASIK nie membuat kan aku ketagih...dlm dua hari tak makan nasik tak leh hidup wooo....ada candu ke dlm nasik..ke memang nasik tu sgt sedap hehehe

Facts: Suku-suku pada zaman batu yang tidak pernah makan nasi terbukti TIDAK PERNAH mengidap tumor, Alzheimer, osteoporosis, ataupun Parkinson.

Tips untuk semua !



Assalamualaikum :) harini aku nak cerita sikit cara2 untuk jadi cepat kurus . Senang cerita nak body slim lah ;) .






1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat


Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.

4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.

Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8)Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!