Saturday, February 25, 2012

Ajoi, isteri dan anak

Selepas makan, isteri Ajoi dan anak perempuannya bersama-sama membasuh pinggan di dapur, manakala Ajoi dan anak lelakinya sedang menonton TV di ruang tamu. Tiba-tiba, terdengar bunyi pinggan pecah dari arah dapur, kemudian senyap. Ajoi melihat anak lelakinya dan berkata, “Pasti ibu yang memecahkan pinggan itu.” “Bagaimana ayah tahu?” tanya anaknya. “Kerana tidak dengar suara dia memarahi orang lain” jawab Ajoi.

Moral of the story – Kita semua sudah biasa menggunakan standard yang berbeza melihat orang lain dan memandang diri sendiri. Sehingga kita selalu menuntut orang lain membuat sesuatu dengan serius, tetapi penuh toleransi jika terkena diri sendiri.

No comments:

Post a Comment